|
Pinjaman & Pembiayaan Murabahah |
|
Jenis Pembiayaan: - Pinjaman/ Pembiayaan Produk Murabahah (ansuran pada harga tertangguh) oleh Koperasi kepada anggota
Keanggotaan: - Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan & Agensi Kerajaan
Bayaran Balik: - Melalui potongan Gaji Biro sahaja
Cara Pinjaman di beri : - Pinjaman di kredit terus ke mana-mana Akaun Bank Pilihan Peminjam secara tunai !
Had Pinjaman: Kelayakan Pemohon: - Kakitangan Kerajaan dan Agensi Kerajaan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia (rujuk senarai majikan yang diterima)
- Kontrak tidak diterima walaupun kontrak berpanjangan
- Berjawatan tetap dan telah berkhidmat minima 6 bulan
- Khas untuk Polis (PDRM) dan Jabatan/Kementerian yang gaji dibayar oleh Perbendaharaan (AG) & Gaji melebehi RM1,000; mereka yang berkhidmat minima 3 bulan juga layak memohon
Had Maksima Umur: - 54 tahun di akhir tempoh ansuran
- 57 tahun di akhir tempoh ansuran bagi mereka yang mempunyai opsyen lanjutan persaraan sehingga 58 tahun
- Umur 47 tahun - Ansuran maksima 10 tahun
- Umur 53 tahun - Ansuran maksima 4 tahun
Tempoh Ansuran: Penjamin: - Tiada Penjamin di perlukan
Perlindungan Takaful: - Peminjam di lindungi oleh skim perlindungan Takaful sepanjang tempoh ansuran dari kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal atau kematian serta faedah khairat kematian. Sekiranya berlaku musibah, pihak takaful akan membayar baki ansuran pinjaman. Keluarga peminjam harus memaklumkan kepada koperasi dalam masa 3 minggu dari hari kejadian untuk perlindungan Takaful ini.
Caj Bulanan: - Tiada sebarang caj tambahan, perkhidmatan, insuran atau yuran bulanan
Tempoh Proses: - 2 Hari Bekerja di Kuala Lumpur & negeri majikan
- Tambahan 1 Hari untuk penutupan dengan mana-mana koperasi atau Bank (rujuk senarai)
- Syarat - Pinjaman terus, lengkap & boleh dihubungi
Pengiraan Kelayakan: - 60% dari Jumlah Gaji Pokok & Semua Elaun Tetap
- Sekira tidak mencukupi , boleh memohon untuk penyelesaian pinjaman sedia ada atau menghentikan sebarang caruman, bayaran yuran dan sebagainya
Penyelesaian Pinjaman Sedia ada dengan Bank atau Koperasi: - Boleh dan caj servis ialah RM50 sahaja ( tidak kira berapa jumlah bank atau koperasi)
- Tiada lain-lain caj seperti pinjaman kecemasan dll.
- Sertakan salinan Penyata Penyelesaian Awal dari Bank/Koperasi (salinan fax di terima)
Pengesahan Majikan:Untuk borang Biro 1/79(biru), Pengesahan Jawatan dan Slip Gaji - Mengikut "polisi dalaman" majikan.Ada pegawai tertentu yang dikhaskan untuk membuat pengesahan. Contoh pegawai dari unit gaji , pegawai perjawatan, ketua jabatan dan lain-lain.
- PDRM Bukit Aman, Selangor,Kedah :- Pengesahan borang Biro 1/79(biru) dan slip gaji mesti disahkan oleh pegawai yang dikhaskan oleh IPK negeri
- PDRM Kuala Lumpur, Negeri Sembilan & Batu Pahat :- Pengesahan borang Biro 1/79(biru), Pengesahan Jawatan dan slip gaji mesti disahkan oleh pegawai yang dikhaskan oleh IPK negeri.
- Sekolah :- borang Biro 1/79(biru), Pengesahan Jawatan dan slip gaji hendaklah di sahkan oleh Pengetua atau pegawai kanan sekiranya di persetujui oleh pengetua.
Dokumen: - Slip Gaji (2 bulan) iaitu:-
- 1 Slip Gaji Asal bulan terkini (Cth Oktober) + 2 Salinan yang disahkan majikan
- Dan 2 salinan Slip Gaji bulan sebelum (Cth September) yang disahkan majikan
- 1 Pengesahan Jawatan dari Majikan
- 2 Borang BPA yang telah di sahkan majikan
- 3 Salinan Kad Pengenalan yang di sahkan majikan
- 2 Salinan Kad Pekerja
- 2 Salinan Bil Utiliti terkini atau cukai pintu atau penyata insuran atau penyata kad kredit (bukti alamat)
- 2 Salinan Lesen Memandu yang masih sah dan atau
- 2 Salinan Muka depan Buku bank atau Tabung Haji atau ASB (agar tiada kesilapan semasa wang di kreditkan)
|